Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah S.A.W
Senin, 11 Mei 2015
Tulis Komentar
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ|
Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah S.A.W
Suatu pagi di hari-hari terakhir Baginda
Ku wariskan dua perkara kepada kalian
Iaitu AL-QUR’AN dan SUNNAHKU
Barang siapa yang mencintai sunnahku, maka mereka mencintaiku.
Dan kelak orang-orang yang mencintaiku.... akan masuk surgabersama-samaku
Khutbah singkat ini, diakhiri dengan Rasulullah S.A.W , memandang tenang mata sahabat-sahabatnya.
Kelihatan Abu Bakar r.a. membalas pandangan itu dengan mata yang berkaca.
Umar r.a. menahan nafas dan tangisnya dengan begitu kuat.
Uthman r.a. menghela nafas sepanjang-panjangnya.
Ali r.a. pula menundukkan kepalanya sedalam-dalamnya.
Itulah isyaratnya.
Saat perpisahan sudah tiba
‘’Rasulullah akan meninggalkan kita’’ (keluh para sahabat)
Manusia tercinta itu sudah hampir selesai tugasnya di dunia ini.
Tengah hari itu dirumah baginda
Terdengar suara memberikan salam dan meminta izin untuk masuk menziarahi baginda Rasulullah
Namun permintaan ini ditolak oleh Fatimah r.a.
‘’Maafkanlah, ayahku sedang demam.’’
Rasulullah S.A.W mendengar jawaban Fatimah r.a. itu.
‘’Siapa yang datang itu wahai anakku?’’ (Rasulullah S.A.W)
‘’Tidak tahulah ayahku, tidak pernah kulihat orangnya sebelum ini.’’(Fatimah r.a)
‘’Ketahuilah, dia itulah yang memisahkan pertemuan didunia.’’(Rasulullah S.a.w)
‘’Dialah malaikat maut.’’ (Rasulullah S.a.w)
Fatimah r.a. terus menahan ledakan tangisannya, karena mengetahui, ajal ayahnya sudah semakin tiba.
Malaikat izrail dan jibril datang menghampiri
Rasulullah S.A.W
‘’Wahai jibril, jelaskan apakah hakku di
hadapan ALLAH S.W.T nanti?’’ (Rasulullah S.a.w)
‘’Pintu-pintu langit telah terbuka ya
Rasulullah, para malaikat menanti rohmu’’
‘’Semua pintu syurga terbuka lebar menanti
kedatanganmu.’’ (Jibril a.s)
Ternyata kata-kata jibril itu tidak membuat
baginda senang
Matanya masih penuh kecemasan
‘’Engkau tidak senang mendengar khabar ini ya
Rasulullah?.’’ (Jibril a.s)
‘’Kabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku’’
(Rasulullah S.a.w)
‘’Jangan khuatir ya Rasulullah, aku pernah
mendengar ALLAH S.W.T Berfirman’’ (Jibril a.s.)
‘’Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali
umat Muhammad telah berada didalamnya.’’
Detik-detiknya semakin tiba
Tibalah saat malaikat izrail menjalankan
tugasnya
Perlahan-lahan ruh Rasulullah S.A.W. ditarik.
Seluruh tubuh badan baginda disimbahi peluh.
Urat-urat leher baginda menegang.
Perlahan-lahan Rasulullah mengaduh
‘’Jibril, betapa sakitnya sakaratul maut
ini.’’ (Rasulullah S.A.W.)
Fatimah r.a. memejamkan matanya
Ali r.a. disampingnya menundukkan lagi
kepalanya
Jibril a.s. pula memalingkan mukanya
‘’Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan
wajahmu jibril?.’’ (Rasulullah S.A.W.)
‘’Siapakah yang sanggup melihat kekasih ALLAH
direnggut ajal.’’ (Jibril a.s.)
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah S.AW.
memekik karna sakit yang tidak dapat ditahan lagi.
‘’Ya ALLAH dahsyat nian maut ini.’’ (Rasulullah
S.A.W.)
‘’ Timpakan saja semua siksa maut ini
kepadaku, jangan kepada umatku.’’ (Rasulullah S.A.W.)
Badan Rasulullah S.A.W. mulai dingin
Kaki dan dadnya sudah tidak bergerak lagi
Bibirnya bergetar seakan membisikkan sesuatu
Maka bergegas Ali r.a. mendekati bibir baginda
‘’Peliharalah sholat’’ (Rasulullah S.A.W.)
‘’dan peliharalah orang-orang lemah di
kalanganmu.’’ (Rasulullah S.A.W.)
Diluar rumah, kedengaran tangisan daripada
para sahabat
Fatimah r.a. menutup mukanya dengan tangannya
‘’Dan Ali r.a. mendekatkan lagi telinganya ke
bibir baginda’’
UMATKU... (Rasulullah S.A.W.)
UMATKU... (Rasulullah S.A.W.)
UMATKU... (Rasulullah S.A.W.)
Dan berakhirlah kehidupan insan mulia yang
bergelar Muhammad Rasulullah S.A.W.
Kini mampukah kita menyintai baginda
sebagaimana baginda begitu mencintai kita, umatnya yang tidak pernah beliau
temui?
Lupakah kita akan perjuangan dan pengorbanan
baginda dalam memperjuangkan dan menjamin kesejahtraan umat manusia setelah
zaman baginda ?
Kirimkan atau bagikan kepada sahabat muslim
yang lain agar timbul kesadaran untuk mencintai ALLAH dan RASULNYA
Selain ALLAH dan RASUL hanyalah fana belaka
Semoga kita sama-sama mendapat keberkatanNya
beserta syafaat Rasulullah S.A.W. diakhirat kelak.
TERIMA KASIH
Berikan pendapat anda tentang "Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah S.A.W"
Posting Komentar